Happy ForeVer

Happy ForeVer

Wednesday, October 30, 2013

My delivery story......

THE DELIVERY STORY.....
Masa aku tersadai kat airport KB aritu
sambil aku mengamuk2 sbb WIFI slow
aku terjumpa note pasal kisah bersalin aku
so oleh sebab dah terlampau boring and bosan yang teramat kat airport tu
aku plan nak upload kat blog the story
bayangkan aku sampai airport pkl 2 ptg, flight pkl 7.50 pm
plan asal nak tukar tiket ealier
but too bad semua full house!
suddenly berpusu2 orang shopping kat kelantan aritu
nak dijadikan cerita
 4 kali aku melantak semata2 nak dapatkan seat
bermula dari KFC then Deli Cafe, then Hot & Roll last sekali O'briens Choclate
perut rasa cam dah penuh giler
mata dah rasa mengantuk
muka dah stress sbb WIFI slow nak mati
so alang2 dah jupa note pasal delivery ni
aku pun edit tuk nak upload kat blog
so below is the story about my delivery...
moments before NIYAZ REZA was born....
(selepas proses editing selama 3 hari)

THE BEGINNING.....
EDD aku 26th july 2013 exactly on the nuzul qur'an.harap2nye hari yang baik tuhan permudahkanlah proses delivery akuni.
tempat bersalin kali ni aku pilih Pusat Pakar UKM
ni lepas being recommended oleh ex boss aku
so siap dengan doktor pakar pun dia rekomen
en hubby pun agree jer lah sbb aku yg nak bersalin
aku chose to be specially attended by Prof XXXXXX. 
Bila namanye Prof, xde lah muda kan
so around late 40s jugak la
Masa mula2 pregnant rasa excited pun ada cos almaklum dah almost 7 years takde baby
so perasaan teruja tu sure ada
cuma risau body aku x fit macam dulu
almaklum awal2 pregnant berat dah 55 kg compared ngn pregnantkan Inas dulu
berat dalam 45 kg jer.
Spt dijangka i gain my weight to 68 kilos at my 35th weeks.
that's a WOW increase. no wonder inas keep on mentioning to bring me to London Weight Management to make me kurus. not forgetting to a cuci muka place to cleanse up my not so clean face.
 all influenced by the tv ads.
aku x marah dia but mengaku jer la yg physicaly and facefully mmg aku dah OUT OF SHAPE
preggy this time mmg berbeza dgn time inas dulu. rasa mmg cepat letih, kaki bengkak, pinggang suma sakit. yg worst, gemuk and bum bum melebau at early stage lagi. haish!

THE WISHES...
 few days early ramadhan aku dah rasa cam angin senggugut jer kat bhgn bawah. 
kaki pun dah mula bengkak besar mcm hampir nak sama dgn kaki gajah.
 tenaga pun makin lama makin kurang. nak berjalan pun dah x berapa larat, kena jalan sikit2 and slow giler. cos rasa sakit. nak semayang pun dah x larat semayang cam biasa, so kena la duduk atas kerusi.
so aku target mmg by next week sure aku dah deliver. if nak tunggu EDD tu mmg confirm tak sempat
so wishes for the weekend adalah:
1. ambik perencah mee bandung muar dari sue brand ADAMIE - done
2. masak mee bandung guna perencah tu on sunday - done wp  x berapa sedap!
3. makan buffet ramadhan dgn hubby and inas - done, makan @ ruz aladdin.
4. shopping barang2 tuk berpantang and restock brg dapur - done @ tesco except brg basah.
5 beli thermal pot tuk mudahkan ambik air suam ngn air panas - done @ tesco
6 proper hand over tuk office work. plan g opis on sunday - x done. ha ha
7 final packing tuk beg hospital baby and aku - done
8 browsing resipi lauk berpantang tuk kegunaan hubby nnt - done

a day before ... lepaskan kempunan buffet ramadhan @ Ruz Aladdin, Jalan Ampang

weeks befor lepaskan kempunan lagi @ my fav Teppanyaki PAVILLION

as plan, aku and hubby gi tesco pagi2 tuk shopping barang2 berpantang antaranya daun pegaga, biskut kering jacobs, milo, thermal pot, energy bar, cereal etc etc. sume end up shopping expenses almost RM300 that morning.

then mmg plan nak msk mee bandung for berbuka. wp hubby mintak buat monday cos i balik awal due to my app ngn Prof. it might be our last check up. tp aku insist jugak sbb takut monday aku dah deliver. so lepas balik tesco, contact sue and collect perencah mee bandung brand ADAMIE.

balik umah terus restock barang and repack balik beg baju hospital aku ngn baby. pastu buat mee bandung. all done and set. wp mee bandung x sama rasa ngn mee bandung dulu time sekolah kat muar. tapi x pelah.
malam just lepak2 tgk tv dgn hubby. dlm pukul 10 lbh, inas ajak teman tido kat bilik so aku pun follow lagipun dah mengantuk.


THE WHITE STAIN.......
siangnya aku dah melantak mee bandung. so malam, masa tgh lie down kat katil, tetiba rasa cam ada cecair keluar dari tut tut. so aku rasa cam masa dah sampai, either blood stain or air ketuban lah so panggil hubby tuk cuakkan dia. ha ha....aku dapat rasa air keluar, laju but not air kencing. so aku try wipe tgk tgk white kaler. then gi toilet tuk double check, this time, air makin kuar bnyk. bila wipe dgn tisu, jd cam kaler pink.

dalam kepala masatu teringat kat kakak  (the doctor in the family) or Prof. (the actual doctor)
Tangan cepat2 dail no kakak but  nasib malang all 3 devices of her family' phone masuk voicemail. 
ini mmg amalan standard kakak and the family.  last choice, sms Prof. so Prof text balik berbunyi:
"boleh gi hukm emergency, akan ada doctor to attend. maybe bukan air ketuban but discharge."
apa pun mr hubby kata, beranak or tidak, gi hospital 1st. then hubby pun dah kelibut, so dia angkut suma beg hospital plus dukung inas. while i bersiap2. mr hubby kejut inas and cakap
"Inas,  ibu nak deliver babyni, jom kita gi hospital"
inas dlm mamai2 sbb baru tidur terus follow ngn blurnya. while driving, i sempat mintak maaf dgn hubby for anything and everything. i know the time is coming.......

last shot b4 delivery
UKMSC on delivery eve

we reach hospital and straight away gi emergency. mula2 salah kaunter, that kaunter was for normal emergency case. so dia org suruh aku pergi emergency for O&G patient.sampai situ, terus the attended staff cek dgn CTG suma to cek for the contraction and tahap denyutan jantung baby for  20 minutes. so aku pun lie down atas katil dgn pakai macam tummy belt.
for 20 minutes buat CTG tu, ada 3 kali contraction but x berapa kuat.
En hubby and inas tunggu kat luar, x boleh masuk.
then bila dah done CTG, we all tunggu for the doctor. bila doctor dtg, dia interview ngn macam2 soalan macamni:

doc : dari rekod xde cek darah, minum gula etc etc
aku : memang xde buat suma tu 
doc : anak ke berapa? 
aku : anak ke-2
doc : yg 1st berapa tahun?
aku: 7 tahun
doc: oh, lamanya gap, kenapa? ada pakai family planning apa2, pap smear la etc etc ()£&76):@@
aku : erm, saje plan lambat ( dalam hati, org dah sakit macam2 lak dia interview), xde sendiri2, pap smear xde buat

abis interview yg -/:;()££&@@  then doktor nak cek bukaan . so aku pun kangkanglah lah kaki dengan luasnya. then doktor mention mmg air ketuban yg kuar.bukaan adalah 2 cm.time ni rasa malu xde dah. lantaklah presentation tut tut masatu camne.

doctor pun bagi syarahan on what patient should do and decide next. dia inform beberapa option, which aku pun x berapa ingat la. but what aku decide is, i wanna go for normal/spontaneous  contraction for the night. then early morning boleh choose either induce or bubuh ubat lalu tut tut to push for delivery. aku kata epidural boleh hold as if can aku nak elak. ceh cheh konon kuat sgt la. aku ingat boleh la balik umah and then pagi2 esok lepas subuh leh dtg balik. but doktor inform if air ketuban dah kuar mmg kena warded. 
so terpaksa la aku stay kat spital.

THE WARD....
Monday 15th July 2013 @ 12 am
waiting tuk warded punye proses. bila dah siap, we all terus masuk ward. 
aku pilih single room senang mr asben and inas berkampung. so malam tu we all berkampung. request for extra bed tapi extra bed dah xde. so mr asben kena la mengalah ngn inas yg tido kat kerusi besau. asben terpaksa la guna kreativiti tuk tido. aku lak masuk immediatley kena change baju uniform and sekali lagi mesin CTG dtg. so time tu mmg dah ada contraction tp still leh tahan lagi. mr asben lak kena balik umah cos esok ada kes bicara etc etc. dlm 4 lbh mr asben balik umah and akan dtg balik dlm 6 plus. maka bertarungla aku  ngn contraction tu sorang2 diri. makin lama makin kerap and dlm pkl 4 lbh tu contraction  makin sakit smpai nak terangkat punggung aku. 

masa ni en asben dh balik umah sbb esok ada kes kat mahkamah. almaklum en asben borong suma matter this week sbb nak clearkan diary next week prior to delivery. tup tup aku deliver terawal. so tinggallah aku ngn inas. inas as usual x sedor apa yg jadi kat ibu dia.
time ni dah xde mini2 contraction lagi. kekerapan dlm 15 minit camtu. peh, aku siap tarik nafas and sampai terangkat punggung lah. dah la share katil ngn inas. harung jer lah. yg aku konpius sepanjang aku masuk ward sampai skrg mmg xde sapa yg nak cek BUKAAN aku tu. asyik2 nurse yg cek mesin CTG. adoi, tgk muka dia pun aku x confident. aku baca lah doa and zikir yg aku dah hafal time pregnant. ye lah, if sakit camni bukaan baru 2-3 cm, mmg aku nak request tuk ceaser sbb if bukaan 2 cm pun dah sakit camni, apatah lagi if 9 cm. x sanggup aku!
bertarung sakit tanpa en asben & dgn nurse ygx  cek bukaan mmg mencabar. 
sampai pukul 6 lbh barula en asben dtg. bila nurse CTG tu dtg, dia boleh lak bagitau kat aku:

nurse : erm, puan kena buat CTG sekali lagi la sbb dia punye print out tu putus2, x nampak sgt.
aku : giler apa, nak buat sekali lagi, aku dah la sakit giler ni, rasa cam nak terkencing sgt (ni dalam hati la)
aku : sy dah tak tahan ni sakit cam nak terkencing sgt.
nurse CTG : erm, mmg contraction puan ni tinggi gak. 

kebetulan time ni, contraction dtg, aku mmg x tahan, siap pegang tgn en asben sampai terangkat punggung. 

nurse : puan, jgn camni, kena tarik nafas kalau tak lagi sakit.
aku : saya mmg dah sakit ni rasa macam nak terberak dah ni
nurse  CTG : £&);:/-@!?,  (muka confuse,)
aku : oit ko faham x apa aku rasa ni, awat muka ko blur sgt ( ni dalam hati la)

then aku x puas hati, lps nurse CTG tu tunjuk muka x confident dia, aku mintak en asben panggil nurse yg lebih berpengalaman, sbb aku mmg x tahan sgt rasa nak terkencing, nak terberak pun ada. 
then nurse CTG tu dtg la ngn nurse beruniform biru (experienced sikit kot) . then aku kena interview camni:

nurse in blue uniform : awk rasa macam ghesa ke?
aku : entah la, tp sy mmg rasa nak terkencing dah ni (in fact aku x paham apa tu ghesa?)
nurse in blue uniform : ok, sy cek bukaan puan
aku : yo lah, patut dari tadi cek dah ( dlm hati)

lepas nurse tu cek bukaan aku, then dia kata camni:

nurse in blue uniform : ok, puan mengiring, kepit kaki, tahan jgn teran
aku : blur, apa yg ko nak buat ni ( dalam hati) 
then baru aku dengar dia kata dah 8 cm nak tolak gi labour room.
aku : hah! bagitau la awal2 napa baru skrg baru nak cek
nasib baik aku mmg berat hati nak bagi en asben pergi court tadi.

THE LABOUR....
so apa tunggu lagi,  en asben yang berbaju black & white ngn 3 org nurse dgn segera tolak katil aku ke labour room mcm masing2 masuk lari 100 meter.
 aku wp depa lari laju giler, aku still rasa slow mcm org lumba jalan kaki. bayangkan aku dah ler kena tahan x boleh teran, sbb takut baby keluar in transit. 
 hello! aku dah x tahan giler ni, korang suruh aku tahan, dah la jauh giler labour room siap naik lif lagi.
tuhan jer yg tau perasaan aku masatu, nak aje aku teran time depa tolak katil aku tu. diaorg suruh aku tarik nafas dalam2. aku pun tarik nafas dalam2 bila rasa cam nak terkeluar baby.
sambil ditolak sempat aku menjerit

"ya allah, nurse tolong saya nurse, cepat sikit nurse saya tak tahan."

selepas lari, naik lif bagai, (giler naik lif lagi, if stuck or full camno?) sampailah aku kat labour room. ingat sah boleh teran, tapi dia suruh aku change katil lak.
wei! korang ingat aku berdaya lagi ker nak change katil sendiri. giler sungguh! depa dah la x tolong angkat aku change katil. diaorg suruh aku change katil, bila dah x sakit.

aku: wei, aku mmg sakit dah, xde istilah "bila dah x sakit"

tapi, aku manage to change katil myself sbb dah x daya nak tahan diri.

yg paling dramatik, dah la aku sakit2 nak terkeluar baby, Prof pulak x sampai2 lagi, diaorg kata tunggu Prof. Prof stuck in the jam!. giler apa nak tunggu Profr, aku rasa cam nak pengsan dahni, rasa nak terberak, terkencing bagai ni korang suruh aku tahan2. ingat ni kentut ke leh tahan2 nak slow or nak kuat! huh.

last2, dah x sempat tunggu prof, dgn 3 nurse in blue uniform, aku pun disuruh kangkang kaki lagi, buka luas,tgn pegang lutut (ingat aku slim ker leh pegang lutut aku sendiri). lantak la, yg penting aku nak teran dah, x tahan giler nak terberak. selepas berhempas pulas meneran bagai, bila depa kata teran cam nak berak tu, aku imagine mmg nak berak, then sekuat tenaga, teran cam gaya nak berak, terus DUSHHHH, rasa cam something menggelunsur keluar. 

Tepat 7.41 am, alhamdulillah dalam kehadiran mr hubby, aku selamat melahirkan NIYAZ
 rasa lega yang teramat2, hilang suma rasa sakit
Sangat bersyukur sbb en hubby ada, bayangkan if dia nak ke court dulu
sure dia x sempat nak menyaksikan saat aku bertarung nyawa
 Yang paling dramatik, aku bersalin dgn suma 3 orang staff nurse.
Prof sambut aku di alam traffic. ha ha
Sampai proses keluarkan uri pun staf nurse yang buat
 Bila Prof sampai, dia just jahit jer. dgn muka yg cam GUILTY cakap ngn aku. 

"Erm, ingat sempat catch up bila dah balik oversea ni, rupanye x sempat jugak"

aku : memang logik la prof  ko nak rasa guilty, dah la aku request tuk speciallist, last2 bersalin dgn nurse in blue uniform + en asben lak jadi part of the staff tolak katil. hu hu.
so my speciallist just jahit je kat aku as finishing. erm, ...... the caj for him is RM500 ye.
lepas depa dah cuci baby, 1st thing aku tanye was:

"berapa berat?" ( cos aku rasa aku dah besau giler time pregnant)
nurse : 2.64 kg

aku: aik, lagi kecik dari inas, inas was 2.65 masa deliver
erm, maknanye memamg aku ler yg besau bukan baby. sabar je lah!
so then bermula lah tugas aku tuk menjaga baby slps hampir 7 tahun. 
time pantang mmg dugaan sangat besar 
namun org kata semuanye kena sabar
if tak kuat semangat masatu memang boleh meroyan
wp plan asal aku nak berpantang di KL sepenuhnya
tapi oleh sbb stress aku pun impromptu tempah tiket flight and terus flew balik kampung
alhamdulillah... 
skrg ni niyaz dah banyak baik berbanding waktu pantang aritu
apa pun wp dia still underweight tp aku tetap bersyukur
so long.... everyday he still smile at me
3 months
heading to klinik utk cucuk
timbang & ukur panjang session @ klinik ibu dan anak kg pandan
the sexy boy
at his 3 months old

- THE END -



Monday, October 21, 2013

B-suite, Penang

Salam semua
Sajer ON blog ni then terpk nak cita pasal b-suites penang aritu yg we all stay
balik kg tapi tak stay kat kampung
tapi gi stay kat hotel
sure org ingat akulah menantu hantu ( kah... kah....kah...)
but hakikatnya, we all pi wedding office mate aku pastu mmg malas la nak balik terus sbb ngn ada baby sure letih
So stay la kat b-suite ni, ambik family room (RM180 per nite w/o bfast)
for deluxe toom around RM140
So kira puas hati la dgn bilik dia
B-suite xde hotel facility, dia cuma apartment converted to hotel
lebih kurang cam studio apartment
So xde la pool utk inas, bfast suma  xde
Tapi tak kisah la dkt penang ni
Banyak jer tmpt makan
plan asal nak gi jalan2 lepas abis check in
tapi bila masuk bilik, wah rasa cosy sesangat
so smgt utk tour penang pun jadi merundum
apa lagi suma dok pakat lelap mata!
alah.... penang, macamla jarang no pergi
so this time sorry ar takde nasi kandar, beriani kapitan or sup
kambing hamid or pasembor
but yang ada cuma pizza hut Big Box! 
bukan apa, duduk kat B-suite ni yg slacknya kat bawah xde kedai makan
so bila Inas impromptu nak makan
terpaksa la aku turun bawah cari kedai makan halal but yg jumpa
outlet PIZZA HUT DELIVERY
so layan kan jer lah (sedap gak... or sebab lapar suma benda jadi sedap)

then malam, SIL and MIL pun datang melawat tuan kecik
aku xde la menantu hantu sgt
sbb asalnye ingat MIL kat penang
butsekali MIL balik umah dia
then sbb dia rindu kat Tuan Kecik so MIL stay sekali ngn we all
so pagi2 lepas google tuk cari tempat bfast
we all decide nak makan the famous roti canai at transfer road
so berpandukan WAZE (wp mr hubby org penang) we all jupa la roti canai tu
so just enjoy the roti canai b4 we go back to KL
penang until we meet again
that time hopefully we all boleh cross tru the new 2nd bridge
enjoy the photos

inas little bed next to tv
the bullying session @ ibu and papa's bed
the eating place
the make up place outside bathroom
the front bath
the singing place (aka bathroom) 
the front hotel (aka lobby)
"roti canai kosong dua" at the famous roti canai place at transfer road

THE END


Saturday, October 19, 2013

berkorban apa saja

salam korban utk semua
apa yg korang korbankan tahunni?
macam aku, byk jugak yg aku korbankan tahunni (termasuk raye posa aritu)
bukan korban banyaknye kambing or lembu
tapi korbankan diri tuk
satu : beraya di KL, x balik kg. hu hu
dua : x dapat makan ketupat rendang
tiga : x dpt berbaju raye
empat : takde gambor raye sefamily
lima : x bercuti kerja panjang
enam : x dpt sama ngn inas
tujuh :  dan lain2 korban diri yg x terhitung
walau apa pun di sebalik terkorbannya diri
ada jgk benda best time raye
antaranya :-













SATU : BAJU MELAYU BIRU UNTUK NIYAZ
ari isnin sempat singgah kat wisma yakin lps balik opis
gi kedai Bak
so rembat baju melayu biru kelabu ni RM50
saiz 0-1 tahun
pakai suar mmg gedeboh, tapi xpe korban raye punye pasal
org kedai kata, nnt boleh alter kat dia



















DUA : SEMAYANG RAYE @ MASJID NEGARA
wp x dpt semayang kat dewan bercarpet
bersyukur la dpt semayang kat ruang luar tu
tambah syukur sbb niyaz x meragam
wp dia dok confuse tgk ramai giler org berseragam putih (telekung)



















TIGA : DAPAT SALAM NGN PERMAISURI AGUNG @ RED CARPET 

jangan ingat kat anugerah artis jer ada red carpet
dalam masjid pun ada red carpet
laluan VVVIPP lah konon

sorry geng, aku x upload gambo permaisuri
sbb korang dah selalu tengok kan
so kasi lah chance tgk aku kat red carpet pulak.
ha ha ha

rsz_lontong_johor (1)

EMPAT : MASAK LONTONG DI PAGI RAYE
Punye la hebat, x sangka bagun pagi2 pukul 5
boleh terus ke dapur buat lontong
wp awalnye aku konpius antara lontong -vs- kuah lodeh
ah... sapa peduli, aku gak yg makan
berkat campuran resipi datin som (aka mak aku le) dgn resipi mat gebu
maka terjadilah lontong yg maha hebat tahunni
sorry geng, no photo lontong aku sbb takut kena gelak..
but if hubby makan bertambah kira SYIOK la lontong aku
yg kat atas tu lontong johor mat gebu
p/s sorry mat gebu ye.. but i follow ur recipe... kira menjadik la
sesapa nak buat lontong leh click web page mat gebu @ http://www.tiffinbiru.com/2013/06/lontong-johor-untuk-hujung-minggu.html
















LIMA : MAKAN LONTONG @ LAKE GARDEN
utk menambahkan feeling sedap makan lontong
we all decide makan lontong kat lake garden lps semayang
makan kat gazebo sambil tgk budak2 main gelongsor, buai bagai
utk mengelakkan korang kempunan + betul2 nak tunjuk yg aku masak lontong
tgk la gambo kat atas tu...
bukti lontong ku sedap..licin kuah..
ha .. ha... ha...

ENAM : GI BERAYA KAT RUMAH LIN @ HILLPARK HOMES 2, BTK, KAJANG
lama dah tak jupa lin
so bila dia call aku sbb dia kata mimpi pasal aku
terus tanpa rasa malu aku nak g umah dia
boleh gak merasa ayam masak merah dia
x sangka kawan aku sorangni rupanye berbakat masak
siap skrg bisnes popia nestum lagi
enjoy gi umah lin
tak tau bila lagi dapat jupa dia...
lin : best ah ayam masak merah hang
leh datang lagi ye..

TUJUH : ETC ETC ETC

basically raye korban we all sgt simple
tp still we appreciate
apa jua yg kita korbankan walaupun sekecil zarah,
moga ia mendapat keberkatan dari-Nya.
Amin
Selamat hari raya korban ye..




Tuesday, October 15, 2013

senget & sengal

assalam di malam hari raye qurban
suasana skrg sunyi sepi
cuma kedengaran bunyi kipas siling and deruan motor mat rempit
aku skrg tgh kebosanan & keconfuse...san menunggu ketupat segera NONA aku yg x masak2
sejak 2 jam yang lalu
plan esok nak masak lontong
wp sebenarnye sat tadi aku keliru antara lontong vs kuah lodeh
ha ... ha... ha...
hentam saje la labu, janji boleh makan
yg pasti esok hari raye

balik ttg cita sengal & senget aku arini
di kala org ramai tgh bercuti and bebudak sekolah tgh syok tido
sbb sekolah pun off harini
aku still kena keje
tapi pagini aku mntk time off kejap sbb nak bwk niyaz cucuk
almaklum dah nak genap 3 bulan
so dgn excitednye aku and mr hubby prepare kan niyaz harini
pakai baju siap dedah paha lagi
mr vehicle boy today by M&S baby
muka aku pun konfiden giler ngn appointment cucuk arini
meh kita tgk sikit muka konfiden
alamak.. ni x berapa konfiden
muka niyaz pun cam blur..

try yg ni lak...

wokeh set, yg ni kira konfiden
niyaz pun dah tunjuk muka cuak
so kira conpem cucuk arini

kelam kelibut nak cepat, almaklum aku dah la selalu di bawah garis merah attendance 
so sepantas kilat ambik buku rekod niyaz and masuk dalam beg
mr hubby pun x tanye banyak sbb org kata kena la TRUST kat pasangan
so dia pun I FOLLOW jer lah

sampai2 klinik Ibu & Anak, kg pandan, suasana lengang
hurray, x ramai org and ada tempat parking
so dgn kasut baru oren menyala arini (yg dibeli di rantau panjang ala2 jelly bunny)
aku melangkah dgn konfiden ke klinik (wp spare tyre jelas nampak dai sisi)
sampai depan pintu klinik, mr hubby pun bukak buku rekod
then dia pun terkejut terus tergelak sbb terconfuse akan kesengalan we all 
tetiba tanpa suara, just gaya jer, tunjuk buku kat aku
bila aku tgk, haaa........17.11.2013
wakakakau, sapa lar yang hilang ingatan & buta huruf ni
adus....

mr hubby cuba nak buat muka kesian dia kat misi kaunter
tp oleh sbb saiz fizikal diri pun x berapa layak nak diberi simpati
maka we all kena la dtg balik 17th sbb takut x genap 3 bulan misi tu kata
ye lah niyaz lahir 15.7 then masa 2 bulan pun cucuk lewat sikit
so padan la muka we all
next time, buat2 la cek buku rekod anak ye
keh...keh...keh...
sekian cerita sengal & senget aku
harap menggeletek hati..
nak off api ketupat segera NONA (lantak la masak ke tak)
btw selamat sambut hari raye kurban
korbanlah apa2 je janji pengorbanan anda mendapat keberkatan
chow chin chau.......







Sunday, October 13, 2013

mahkamoh kelate

assalam,
mood dah ada tuk kawe cita psl mahkamah kelate
ni gambo bukti kawe dah sampai


alkisahnya 7-8 october aritu kawe kena jadi watching brief bagi pihak bank
so kiranye supervise lawyer yg handle kes bank
if kawe dulu, bila client datang terjah sure dah gelabah semacam
sepanjang kawe dok kelate aritu
supir tak rasmi sapa lagi if bukan abe ipar kawe
so dgn keta ford laser antik bervroooom tu ditambah dgn fresh air (x beraircond) dan diiringi dengan lagu dari CD apa entah...

slps hampir 20 minit sampaila kawe kat court
traffic clear je kat kelate ni pagi2 except if ada traffic light kena la stop kan
x kan nak langgor jer, karang lain pulak destinasinya ... he ... he
sbb still pagi, abe ipar kawe ajak makan kat kedai makan depan court
sorry ye xde la mamak2 kat sini
so pagi2 kat sini dah disaji ngn makanan berat
tapi kedai ni fokus jual 3 menu jer
nasi putih lauk daging/ayam blackpaper ngn sup kosong 
OR nasi kerabu putih/kuning leh makan ngn daging/ayam lackpaper ngn sup
yg pelik nye, nasi kerabu tapi this time bukan kaler biru ye
kawe almaklum, wp kelate ni dh jadi negeri no 2 kawe, gapi nasi kerabu ker laksam ke budu ke kawe x makan and x de rasa nak cuba
so korang telah air liur jer lah, bila tgk gambo mknn ni
xde la hebat sgt tapi ok lah jugak kan!



so kiranye 2 ari dok ke court aku rotate je la menu tu
1st day abe ipar belanje
2nd day aku lak belanja
total makan plus air dalam RM14
so ok la... janji kenyang wei......



Saturday, October 12, 2013

fast cooking...

weekend datang lagi
so if weekday tak masak xde la rasa guilty sgt
tapi weekend, ha ha plan nak masak canggih2 tapi turn up maggie 2 minit gak
but last friday otw balik merambu dari KLCC
member aku MAZ promote hommemade malay paste brand SURI
dia kata dia browse on the net
terpaksalah sbb 2 maid dia dah cabut lari
so kenala dia berperang kat dapur utk masak dengan mudah and cepat plus sedap
dia suggest kat aku brand SURI

lepas aku found out SURI tu dok kat pandan indah
maka menggeletikla aku nak order
so lepas dpt contact no kat fb page
aku terus call
tanpa byk soal, sedap ke tak sedap terus order 4 jenis
kari seafood/ ikan, kari daging/ayam/ telur
rendang, asam pedas and ayam masak merah
best part, dia deliver kat kita
so total suma RM26, ah ok la tu
daripada dok beli bahan2 last2 masuk tong sampah gak
pagi tadi mmg dah siap2 beli bahan mentah kat HERO
so sbg percubaan try dgn ayam masak merah dulu
cara2nye camni la....

so lepas goreng ayam
terus letak paste ni dalam periuk
aku guna half je, then masuk ayam yg dah goreng tadi plus bawang besor potong bulat
biarkan 10 minit, then angkat
pastu makan ler ngn nasi panas
maka arini aku jd isteri mithali sikit la sbb buat ayam masak merah, sayur kangkung, dendeng daging (beli la kat bank smlm) and ikan goreng (yg tak silap dah 2 weeks frozen)
wp bukan original recipe aku, tapi x kisahla yg penting aku yg masakkan tuk hubby
dapat la gak arapnye bau syurga
nak rasa air tangan aku sendiri, kang jadi ayam masak kicap lak
almaklum skill masak dah lama hilang

bila tanye hubby psl ayam msk merah
dia kabo "ok la, boleh makan"
bunyi slow jer, tapi xpela think POSITIVE wei
aku conclude kiranye "ok la boleh beli lagi"
yang penting PANTAS!
esok aku update psl asam pedas pulak kay...
sesiapa yg berminat leh cari "perencah makanan Suri" kat fb page
chow....






Saturday, October 5, 2013

fast food fast delivery... domino's pizza

salam geng
di hari sabtu yg panasni mmg elok utk sidai baju
lps 4 round basuh baju mengikut grup
perut pun berkeroncong
masak mmg jauh sekali
ditambah aku duduk ngn niyaz je arini
mr hubby pergi conference kat penang
while inas pergi skool trip melawat kilang coklat, biskut bagai
(bagila dia chance tuk happy and buli cikgu2 dia)

so dalam kepala mmg pkl fast food delivery
so plan nak order kfc tapi batal sbb mingguni 2 kali dah order
mcd pulak, cancel sbb malam tadi dh makan mcd
nandos pulak, x syok makan sbb peminat sup tegar dia takde gi trip
so tetiba, nak mkn domino
plan asal ON9 sbb nak tgk menu
tapi tetiba nak test power online order
wah, 1st time place order xde instruction yg pnjng lebar and susah nak faham
sumanye senang je
isi details, isi alamat then sistem akan track nearest domino oulet
pastu place order step by step (mcm lagu New kids on the block)
yg paling impress, wah ada status tracker tuk pizza aku
tgk bawah ni,


so jakun gilernla aku, selamni mcd and kfc xde camni
so bila dah menyala gambo org naik motor, aku pun siap2 properly dress tutup aurat bagai
ha ha..
tak lama pastu, dengo bunyik grill
nah order aku, makan sorang jer, tp order mcm 3-4 orang
ah.., pedulikan, duit aku perut aku..



aku makan spageti plus 3 slice pizza. sikit jer kan.
konon nak simpan tuk inas, if sempat la
kalu nafsu makan aku datang, aku telan suma buang kotak bagai
so suma org x tau aku makan pizza arini. ahaks
apa pun sbb jakun aku pun terus update blog wei
patutla domino ni cepat sebab tagline domino
"the delivery expert"
so kira puas hati lah!
psl makan byk perut beso... ah lupakan dulu
malas nak stress2, sbb gemuk ttp gemuk lah
wakakaka, chow zzzzzz lagi bagus!