Happy ForeVer

Happy ForeVer

Tuesday, September 10, 2013

the big sister vs the little brother

salam pagi selasa
           selamat bekerja utk suma kawan2ku
untuk aku yg masih bercuti ni, dah takde keje pagi2
(sementara niyaz and inas tido) terjumpa gambo2 baby Inas
so tada.... aku telah buat pic collage so ini lah hasilnya
                       the kakak and the brother!
               am so PROUD for both of them
                      moga jadi anak soleh & solehah!


Sunday, September 8, 2013

Niyaz's 1st day outing @ Garden

habis pantang mmg gatal kaki nak meronda, window shopping cam dulu2, tgk wayang, makan2 smpai senak perut.
ye lah hampir 2 bulan dok terperap dalam rumah (bukan sbb pantang sgn ketat tapi sbb BZ kendalikan baby)
dulu bila gaji masuk selalu mention kat mr hubby yg "malamni sy x balik, blk esok pagi sbb shopping" ha ha
ronda KLCC ngn PV ( store yg aku suka), SOGO, jalan TAR, etc etc
masuk store baju wp x beli pun
saje buli salesgirl konon mcm nak beli
rindu kat ZARA, LASENZA, KINOKUNIYA, TEPPANYAKI @ PV, M&S, BODYSHOP,SOGO, Jalan TAR, FOREVER 21 etc etc

tapi... erm, bolehke aku enjoy jalan2 cum window shop ngn baby?
camne if tgh shopping, baby nangis..nangis...and nangis..
camne if baby nak nenen (aka mengopek / breastfeed)
camne if baby nak mengopek kat public?
camne aku nak selak baju and show off my tet tet in public?
camne if aku nak test baju? same time baby nangis?
camne if aku nak shishi, big business etc?

dalam cuak and soalan2 yg still xde jawapan
aku and mr hubby keluar gak ke the garden
sbb kebetulan mr hubby ada appoinment ngn client dia
so same time nak test car seat niyaz (pilihan mr hubby)
during window shopping.... of coz niyaz ada menangis, of cos aku ada gi buat nappy change, of cos aku ada buat susu, bla bla bla bla

end up...
mmg aku x sempat shopping baju2 aku
no ZARA, no LASENZa and suma store yg aku mention di atas aku x sempat jenguk (intai pun x sempat)
(tapi sempat shopping tuk baju niyaz and inas @ chateu de sabelle)
aku shishi dgn sepantas kilat
x sempat nak touch up balik muka aku
x sempat nak enjoy makanan aku (sbb tu skrg wp lps makan,perut asyik lapar)
x sempat nak snap photos (tp sempat lagi berwatsap.. ha ha)
x se,pat nak bukak ipad

walau apa pun suma x sempat tuk diri aku
but i still enjoy my outing time wt niyaz
and arap2 nye NIYAZ enjoy 1st day outing dia ngn duduk falam car seat baru dia tu.
he... he...



Sunday, July 21, 2013

new phase of Life!!!

Wah, lama giler tak menulis kat sini
bukan sebab takde memory utk dikongsi tapi sebab i am  not good in writing.
welcoming my 2013 this year dgn perubahan hidup up to maximum 360 darjah.
Why? and What? happen with me?

Honestly, i have a new companion other than Inas. But Inas she's always being my "teman penghibur" all this while. Really appreciate her "understanding" masa idup aku jadi tunggang langgang and lintang pukang. But alhamdulillah, aku berjaya manage my life during the hardship. At that moment, whatever quest from her I just keep-in-view and wait for the right time to explain. Now, the situation talks by itself. No need for me to explain in details now. Let the time comes and hopefully she will understand.

Time being, enjoying my life with extra 2 companions which are:-
(i) My companion for life
(ii) Inas's new playmate

Alhamdulillah, bersyukur kepada Tuhan akan kurniaan yang diberikan.
The 2 companions for us are really wonderful and TQ Allah for the precious GIFT.
Really hope that our life sentiasa diberkati dunia akhirat!





Saturday, April 16, 2011

inas & her Mr bieber

inas and lagu justin bieber-ha3x
walaupun kurang paham tapi ok ler asal dia gembira-he3x

Saturday, April 9, 2011

good old day-year to gossip



- my b'day cake-
me, laila, diana & abun
penang 2011

ohhhhhhhhh, dah lama gile x memblog! nasib ada lagi blog akuni-padahal sokmo aku bukak, aku baca, aku gelak2, aku nak tulis tapi tu la idea takde tapi nekad aku-moment aku sambut hari tua aku tahunni aku nak continue balik YES- umur aku dah genap ke 23 tahun-hu3x (alamak betul ker ni?) sambutan tahunni-paling simple paling mengharukan, penuh beremosi, menyentuh perasaan, penuh kesyukuran, penuh dugaan & cabaran etc- tapi itulah-apa pun jua aku tetap BERSYUKUR sebab tuhan masih panjangkan usia aku tuk bersama2 org2 yang aku SAYANGI dalam hidup aku.
DOA
"TUHAN YG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI tiada apa yg aku pinta darimu Tuhan, kau tenangkan lah hati ku, kau permudahkan lah urusan hidupku, kau berkati hidup dan perjalanan hidupku,kau gembirakan la hati & jiwaku YA ALLAH, apa jua yang kau tentukan untuk ku, aku redha YA ALLAH kerana ku tahu, apa jua yang kau tentukan walaupun PAHIT untuk ku telan, BERAT bahuku memikul, tapi aku percaya itulah YANG TERBAIK untukku kerna KAU masih menyayangi diriku INSAN KERDIL di sisi Mu YA ALLAH"

so disebabkan aku ni mmg x reti nak menulis-so aku naik muat ("upload") gambo2 tuk moment2 yg bila aku KENANG cukup membuatkan aku TERSENYUM!

Sunday, November 7, 2010

mY iNAS TURNS 4 YRS OLD ....

08.11.2006 - 08.11.2010

Ibu's version:-

"Happy Birthday To You (3x)
Happy Birthday To INAS
Happy Birthday to You"

Inas : "bukan, bukan, bukan mcm tu la, maca ni"

"Selamat ari jadi untuk Inas (4x")

Tak kisah la apa pun bunyi and versinya
bottom line is :-really2 proud of Inas and myself being her IBU
Having her with me-betul2 mengajar aku erti sabar, penyayang, pelawak, pemujuk, pengemas, pemasak, pelakon, pembaca buku cerita, peneman ker toilet, penyanyi, penghibur, penari dan macam macam etc etc lagi
But apa pun watak yg aku pegang-i have no regrets and enjoy every second spending my times with her-

To Inas, ibu doakan inas jadi anak yg berguna dan solehah-
Maafkan ibu, if ibu tak dapat menjadi ibu yg terbaik untuk inas, tapi PERCAYALAH...
walau apa jua yg berlaku-ibu tetap sayangkan inas sepenuh hati Ibu
harapnye inas tak akan lupa nyanyikan lagu ini utk ibu bila ibu dah tua nanti:-
(versi yg dah aku ubah-and nyanyi together wth her-)-he3x

"IBU, IBU ENGKAULAH RATU HATIKU
BILA INAS BERDUKA IBU HIBURKAN SELALU...
IBU IBU, ENGKAULAH RATU HATI INAS....."

Posted by Picasa

Saturday, September 25, 2010

my DOA

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan ...
Dia milikku tercipta buat ku ..
Satukanlah hatinya dengan hatiku ...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami ...
Agar kemesraan itu abadi ...
Dan Ya Allah ... Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini ...
Ketepian yang sejahtera dan abadi ...

Tetapi Ya Allah ...
Seandainya telah engkau takdirkan ... dia bukan milikku ...
Bawalah ia jauh dari pandanganku ...
Luputkan lah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan ...
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti ...
Berikanlah aku kekuatan ...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit ...
Hilang bersama senja nan merah ... agarku bisa bahagia ...
Walaupun tanpa bersama dengannya ...

Dan Ya Allah Yang Tercinta ... gantilah yang telah hilang ...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah ...
Walaupun tidak sama dengan dirinya ...
Ya Allah Ya Tuhanku ...
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu ...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan ...
Adalah yang terbaik buatku ...
keranaEngkau Maha Mengetahui ...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini.

Ya Allah ...
Cukupla Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat ...
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini ...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun diakhirat ...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran ...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan beriman ...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ...
ke jalan yang Engkau redhai ... Dan kurniakanlah padaku keturunan yang Soleh dan Solehah
Amin ... Ya Rabbal A'lamin.