Happy ForeVer

Happy ForeVer
Showing posts with label modvier. Show all posts
Showing posts with label modvier. Show all posts

Monday, May 18, 2015

RUMODA.MODVIER.NANANOVENDORS.TWENTYONE bangsar

assalam dan morning to everyone!
pagi2 memblog sbb baru lepas sahur
akmaklum puasa pun dah nak dekat
so mari mengqada" mana yang belum๐Ÿ˜†

pagi ni nak cerita ttg butik vendor
kewujudan vendor concept store ni di malaysia maybe dah lama
tapi lately ni sgt boom dan vendor2 butik mmg tumbuh macam cendawan
from observation terdapat 2 type of vendor butik:-
satunya yang fokus on premium/designer label macam naelofar hijab, radiusite, sugarscarf, love to dress etc
yg kedua yang label-label biasa yet to be popular 
in addition to clothing vendor butik juga ada accessory and skincare and make up 
this one also by vendor

dulu aku kenal vendor2 ni tru virtual portal macam "fashionvalet" "lazada" etc etc
tapi tahap konfiden nak beli tu still low sbb masih terbawak2 cara "konvensional shopping"
nak try and feel dulu baru beli and malas to wait for delivery

sekarangni jer boleh jumpa koleksi2 diaorang ni kat butik vendor
without knowing their physical butik
without knowing who"s the owner and the designer

pengalaman peribadi aku  butik vendor yang mula2 aku kenal ialah "modvier" dekat bangsar 
masatu butik dia dekat belakang petronas (jalan bangsar)
skrg dah berpindah ke seberang jalan selepas Petron (hala ke KL)
masa mula2 kenal modvier mmg sgt seronok giler
sbb semua muslimah clothing n hijabista ada bawah "satu bumbung"mmg best la
and butik dia dalam "umah" lot banglo
cuma yang x syok adalah "parking"

area bangsar ni mmg dari dulu aku suka
since 2008 onwards aku mmg suka gile ke butik2 along jalan telawi bangsar
masatu muslimah clothing tak ada sgt in market except dekat "jalan TAR"
yg ada kat bangsar time tu lambakan baju2 kasual "cheeky" and "stylish"
antara butik masatu "catswhiskers" "blueberry" "gossip" "mooi" "blook" and etc etc
mostly pengaruh "korea", "china" "thailand" and "jepun"
sanggup aku naik dari satu tangga ke tangga yang lain
jalan from satu row ke row yang lain
but now aku tak sure status butik-butik ni
rasa mmg masih beroperasi maybe untuk target group yang lain

so zaman aku "devil"s advocate" dulu mmg suka merayau2 kat jln telawini
kekadang if nak tukar angin boleh beralih ke hartamas

skrg ni bila dah lambakan butik2 hijabista
aku pasti part of the "group" dah berhijrah ke "muslimah clothing yet stylish" ni
most of butik muslimah ni nampak "grand" dan "eksklusif"

area yg sgt terkenal skrg untuk shopping selain bangsar adalah seksyen 7 Shah Alam, Bandar Baru Bangi (dari seksyen 9, Bangi Gateway ke Bangi Sentral), Wangsa Melawati dan The Strand, Damansara.

selepas asyik menyerbu MODVIER dan since Modvier berpindah dengan "butik kontena" nya aku berkenalan pulak dengan RUMODA
wah, dari segi "presentation butik" nampak "classy". Ekspresi pertama mmg WOW sebab nampak exclusive and premium plus didatangkan dengan pakej "lepak place" iaitu KOPI XOXO by nora danish!!! sgt la retis and "diva" gitu!



berbalik kepada RUMODA ni,
brand2 vendor yg ada pun berbeza dgn MODVIER
banyak juga brand yg aku tak familiar
maybe sebab aku jarang ke area damansara or TTDI
kebanyakan vendor offer hijab, jubah, long cardi, blouse, flare sikit, palazo, kurungs, blouse, telekung etc
atas RUMODA ada Neng Geulis and kat area bawah ada LIUNEY NATASHA dgn AISHA WONG

cuma problemnya designer2 local kita ni semua cutting labuh mencecah2 lantai
so untuk aku mmg reluctant sikit sbb malas nak do alteration
so dicadangkan agar butik2 vendor ni sediakan "tailor room" for immediate alteration
OR
alternatively buat dua range untuk "petite and "kemetot" or si "galah" ๐Ÿ˜‚
most jubah pulak mmg secara puratanya sama
dari berjemeki, sequin, lace, stripes etc
tak kira la butik2 dari wangsa melawati, shah alam, bangi getaway sampailah ke bangi sentral and bangsar
semuanya lebih kurang sama jer baik daribsegi cutting/design dan material

value added dalam vendor butik adalah selain clothing ada gak yg provide "cafe"
most of the foods and drinks disediakan jugak oleh vendor macam cuppies, cake, pie

secara kesimpulannya mmg seronok dengan lambakan "butik berjemaah"ni
secara tak lansung dpt menjimatkan kos di samping dpt ber "business" 
kebanyakan dari kita suka "bisnes" kecil-kecilan and bisnes ni biasanya "part time"
therefore, dari segi "pengurusan" dan "pentadbiran" mmg sgt minima
kos "pekerja" pun tak payah sebab semuanya dah cover di bawah "sewaan slot rental"

lemari bhaju being one of the vendor still excited tuk collaborate dgn mana-mana vendor butik
time being lemari bhaju dah ada 5 butik
insha allah soon akan bertambah!!
so sesapa yang dah jadi follower lemari bhaju boleh la drop by ke butik vendor kita ye!!!!

naelofar hijab.zeta en rawdah.noahbysuri&seth




Tuesday, December 2, 2014

MODVIER, BANGSAR

back to memblogging, di saat semua orang tgh lena diulit mimpi
kebetulan esok hari rabu, so YES MODVIER is open (resume business after 2 days close)
better aku cerita macamana aku boleh terjebak dgn MODVIER ni
kat mana lokasi dia:
no.7 jalan riong (off jln bangsar), bangsar
alamat mmg nampak mudah, tapi bila cari berpeluh2 jugak tu, google ataupun waze mmg x berjaya! ha ha

entrance depan ada calaqisya, radiusite,dreemika,tudung l'adorn, wafiyya by dollscarf, jubahsouq, saraya zahret, rina salleh, fleur malaysia, tudung people,eiliya,dreamcloud etc
dekat pompuan tudung oren tu tgh tunggu turn try baju!

dekat row sini pulak ada minaz,bella ammara, alhumaira contemporary, neelofar, bokitta,rico rinaldi,kree, sugarscarf,farah iskandar, zawara, elham echenta etc




so sesapa kaki follower insta online muslimah store sure tau!

Kisah MODVIER ni bermula masa nak  cari dress dinner office aritu, tema "bling bling"
so dah last minit tak tau nak cari kat mana
nak pergi area BANGI, SHAH ALAM or MEDAN MARA, rasa malas giler
pulak tu kalau pergi, akan mensurvey baju dari butik ke butik, pintu ke pintu....
so dah last minit aku pun google la tuk browse butik muslimah area bangsar
tadaaaaaa..... keluarlah  "MODVIER"
nama butik dah menarik, bila baca info dia lagi menarik
bila tgk lokasi dia lagi la sgt menarik sbb memang dekat giler dgn opis!

so apa lagi tghari tu jgk aku dgn member aku terus pergi
masa tu hari isnin tak silap!
tgk landmark kedai dekat ngn petronas (b4 bangsar village) jalan maarof, bangsar
memang confirm jupa
atau pun kalau x tahu sgt kita WAZE kan jer,

alkisahnye tempat yg disangka mudah rupanye susah
WAZE yang dianggap hebat pun boleh sesat
sampai berkali2 uturn dari jalan maarof dataran maybank  tu ke petronas semula
sampai boleh terjumpa restoran rebung la, NSTP la mcm2
bila dah sesat siap google sekali lagi tuk cari no phone
berkali2 call x berangkat angkat jugak
hampir 1 jam we all tersesat sampailah finally masa drive member aku ternampak signboard MODVIER belah kiri jalan, betul2 dekat jalan mati simpang sebelum petronas
memang betul2 opposite dgn wisma cuir
yg we all bengang dah byk kali cek landmark, wisma cuir tapi x jupa2 gak wisma tu
rupanye kat kitchen culture tu la wisma cuir!!!!!
geram betulla, punye la dh buk kali we all pass by!
then yg lebih mengelirukan, kat tepi jalan nak masuk tu mmg port utk taxi que sbb nak isi NGV dekat stesen petronas
so mmg xde la nak mentempit and menyebuk kat que tu!
lagipun x perasan ada jalan masuk sbb ruang tuk laluan kereta masuk ke jalan tu kecik and jalan mati pulak!

so utk kemudahan korang mencari lokasi tu meh aku post kat sini gambar...
supaya korang x sesat mcm we all

 opp wisma cuir, tepi sebelah kiri tu petronas

bangunan putih tu la wisma cuir (kitchen culture) 
sila masuk jalan opp wisma cuir tu ye
masuk sikitje dah nampak modvier
nama jalan ni mmg jalan riong, tapi jalan ni jalan mati so mmg susah sikit nak parking kereta
so sentiasala murahlan senyuman kat "abang guard" kat situ!
parking FREE and at your own risk! ha ha




yang paling mengharukan lepas we all sampai tu, nampak gate tutup tapi teruskan jugak nak parking
last2 baru ternampak signboard "close" lagi la tensen!
bila google balik baru perasan business hours from wednesday till sunday only!!!
adoi la nasib, selepas sejam berpusing2
last2 x dpt masuk gak modvier
punye la gelak nak mati2 dlm kereta mengenangkan kebodohan we all
erm..... apa pun kalau tensen sbb duit dah habis sbb shopping boleh la lepak minum air kat kedai tepi modvier ni
nama dia cam kat bawah :

so ada jual light drinks, smoothies and juice plus instant warm up food mcm pie, lasagna etc
harga leh tahan la tapi belasah jer la kalau boring

smoothie
eskrem handmade nenas! RM4

itu lah kisah modvier, bermula hari tu selalu gak aku dtg ke sini dgn membawa geng2 baru
bila dah sampai ha ha ada2 jer yg aku beli haish!
so harini hot item kat modvier adalah......

so member yg aku bawak harini dah melayang rm189 sbb beli dress ni wp we all kata design lawa cuma saiz tu agak comey!
tapi dia peduli apa, dah nak jugak size tu so ambik jer lah babe! 
jadi sesapa nak ke modvier, enjoy cuci mata and lepak2, at least xde la penat korang nak survey seluruh pelusuk butik! he he he he
happy shopping! 

Saturday, November 29, 2014

voila....... Bokitta and NAELOFAR HIJAB @ MODVIER, BANGSAR

jumaat lepas bawak kawan lagi ke modvier, bangsar tu
dah jadi tempat lepak pulak waktu lunch time hari jumaat
ha ha, asalnye nak tunjuk kat kawan jer
tapi last2 tersambar juga satu dua
aritu dah terpikat dgn tudung instant neelofar
(setakatni dah ada 4 kaler)
mmg suka sbb pantas dan tak rumit
apa kata kita tgk sikit camne.....

ni dia NAELOFAR instant, merah bata
dgn inner aku sendiri!


neelofar without inner
kalini terjumpa lagi tudung yg pantas dan tak rumit
sebelah rak tudung neelofar jer iaitu BOKITTA
masa jalan2 kat the curve aritu dah ternampak kiosk dia 
bila tgk pelbagai corak dan warna, dalm hati kata "boleh tahan jugak"
harga pun "boleh tahan"
tapi masa cuba mcm kelakar la pulak
so x berapa layan la masa tu
tapi entah macamana bila pergi modvier ni rasa nak layan pulak sekali lagi
kebetulan pakai jubah hitam so apa lagi try and error test and error
dari pakai inner dia hingga pakai inner aku
last2 berkenan pulak, tanya member dia pun approve terus la aku sambar BOKITTA VOILA MAXI
BOKITTA ni ada jenis2 dia kalau VOILA maxi dia labuh sikit tutup dada
aku kena la ambik yg labuh sebab kan nak bawak gi opis yg mmg syariah compliance
BOKITTA CHIC maybe dia pendek sikit atas dada, comey tapi mcm x berapa proper la pulak terdedah dada!
harga dalam RM100++ ( boleh tahan mahal)
maybe sebab BOKITTA ni tudung didatangkan khas dari LEBANON

biasa ar aku bila dah beli terus pakai
so jadi sesumpah la aku, pagi tudung lain petang tudung lain,
ada aku kisah, mmg dah biasa macam tu, ha ha ha


BOKITTA VOILA maxi, gaya di opis
dgn inner neck aku sendiri,

BOKITTA voila maxi, dgn matching inner
(nampak muka aku slim tak?) ha ha

so sesapa yg nak berkenalan dgn BOKITTA boleh la datang ker MODVIER, bangsar atau pun dkt KIOSK, BOKITTA dkt link bridge IPC dgn the CURVE
Enjoy semua!



oopss arini terjumpa kiosk bokitta dekat IOI MALL city, 



kecik jer kiosk dia tapi ok lah ada jual neelofar jugak
ada promo kat kiosk ni sempena opening
utk warga kelate, boleh cari wakil BOKITTA kat the dinda boutique
dan yg dekat dgn mines boleh berku jung kat level 3, mines shopping fair ye

aku cuba carik bokitta plain tapi dia kata lama dah x sampai stock 
bokitta plain price minima dalam RM79
yg ada printed pun x banyak sbb HQ still tunggu stok baru dari LEBANON
so peminat2 BOKITTA harap bersabar la menanti ye
ari ni saya tak beli BOKITTA but beli neelofar black
lama mencari mujur kiosk kat sini ada stock
marilah melaram lagi moga kita semua dapat jadi cantik macam NEELOFA
tapi cantik yang dalam keredhaan allah ye!
meaning sama2 la menutup aurat mengikut syariat
amin!