Happy ForeVer

Happy ForeVer

Tuesday, November 4, 2014

MerLion ~ part 2

hi hi salam berjumpa lagi
as promise this time nak cerita ttg our budget hotel and the merlion
lepas jer we all dapat masuk bilik 
1st impression, mmg kecil la saiz bilik banding dgn hotel 4 bintang apatah lagi 5 bintang
but banding dgn rate 3 bintang kat tempat kita rasa here is better
TV dia at least flat screen macam kat hotel 4 bintang!
cuma harga bila convert to RM memang x sama dengan harga 3 bintang kat msia! hu hu
(kan dah kata jgn convert, tuk apa2 transaksi involve monetary exchange)


lokasi hotel 81 Heritage ni dekat dgn bugis MRT, lavender MRT dan Nicol Hiway MRT
then walking distance jugak dengan the famous masjid Sultan, istana kg glam, muslims' textiles, malay/middle east cuisine dan malay heritage centre
the famous restaurant of cos lah ZAM ZAM RESTAURANT
boleh check out gambar kat bawah ttg lokasi Hotel


susun atur bilik mmg compact lah
almari baju xde, bilik air wp comey but nice 
dressing table jenis mirror melekat
flat screen tv pun melekat kat dinding
basically puas hati dgn bilik
exterior or deco hotel pun menarik
masih maintain ciri2 kemelayuan dgn struktur design tingkap berkayu
mostly kedai2 deretan jalan ni masih mengekalkan ciri2 tradisi bangunan lama
hanya ditambah baik je supaya nampak attractive dan moden
lepas we all mandi semua, we all pun tidur sekejap 
almaklum perjalanan dari KL mmg x sempat nak tido dgn proper
plan by noon nak pergi melawat area orchard road dgn tgk MERLION

Orchard road ~ MERLION
1st stop was orchard road
dari hotel we all menghala ke kanan jalan sultan tuk naik MRT dari stesen nicoll highway (line kuning)
jalan kaki dalm 10 minit camtu
tuk senang naik MRT we all dah beli EZlink card for both of us
EZlink is non-refundable compared to tourist pass
dari nicoll highway we all kena stop dekat Dhoby  Ghaut stesen tuk transit and tukar tren menghala ke 
jurong east (line merah) 
dhoby ghaut ala2 masjid jamek tapi stesen dia lagi besar sbb pertemuan 3 line utama MRT iaitu warna merah, kuning dan purple
so bila keluar tren tu tgk la signboard tuk clear direction which area nak pergi tuk change tren 
and bila sampai stesen dituju check papan informasi tuk which exit door kena keluar tuk catch up tempat yang nak pergi tu
setakatni naik MRT singapore tak sesat lagi
banding dgn Korea, MRT dia lagi la complicated and nak catch up transit tren pun jauh
kena mendaki tangga yang tinggi lagi..... hu hu hu
lepas transit we all terus stop at orchard
kat sini memang macam2 jenis shopping complex la
mostly luxury brand
so memang tujuan dtg bukan nak shopping pun esp luxury brand
kalau dulu maybe lain sbb luxury brand for kids takde kat KL
boleh la nak beli time sale, tapi sekarang kids branded butik dah ada kat KL
cuma daya tak days jer nak beli he he he



we all mencuci mata jer spnjg perjalanan orchard ni
tak masuk pun kat shopping complex dia jer
lalu dari luar, masuk pun sbb nak lalu tempat beraircond ha ha ha




aku mampu beli ni jer kat orchard tapi sbb berat sgt aku tinggal lah ha ha
lepas habis dalam sejam kat orchard road we all terus nak tgk MerLion
ambik MRT lagi kali ni dari sommerset we all teruske raffles place
satu line so tak yah tukar2 tren
sampai jer terus check papan informasi tuk pintu keluar
tuk ke Merlion boleh ikut ke Furlerton hotel, so lalu lah tepi2 maybank semua tu and taman yg ada kat situ
but make sure jgn go to the opp park dulu sbb merlion tu berada di penghujung bangunan maybank tu semua


arca menunjukkan zaman pertembungan 3 kaum kat singapura


muka aku yg dah penat and tudung pun dah serabut ha ha
ramai org dekat merlion ni semua buat aksi ala2 kaki terangkat dgn mulut seolah2 keluar air
korang leh google kat bloggers gaya yg femes ni
aku tak buat la sebab rasa lawak jer dgn org2 ramai kat sini

ni the opp park so dari sini leh nampak MBS, tgk jer lah dari kejauhan sbb tak mampu nak duduk sana
if korang nak pergi lebih dekat dgn MBS boleh naik MRT and stop dekat bay front station
org kata taman yg ada kat situ cantik.... dengan pancaran lampu bagai tapi we all tak pergi ke sana
belakang aku yg macam buah durian tu adalah ESPLANADE
tempat tuk sebarang live performance etc etc
we all tak riki kat dalam ESPLANADE sbb tak larat and cuaca agak panas
lepas dah habis meronda, we all terus balik semula ke area hotel
naik MRT and stop dekat bugis
b4 sampai hotel we all plan nak makan kat ZAM ZAM RESTAURANT
dari MRT tak jauh dalam 5 minit kot jalan kaki

tu dia.... zam zam ala kazam he he
we all order nasi beriani ayam and murtabak kambing
murtabak dia sedap garing gitu and tak berminyak
memang sampai sekarang we all teringat kesedapan dia
cuma nasi beriani biasa jer lah, but still boleh makan and mengenyangkan
lepas makan we all ronda2 area masjid sultan and area arab street kat situ
kedai2 memang lawa and still terserlah kemelayuan dia

we all jalan kaki balik ke hotel,
then x sangka rupanye dekat jer hotel dengan masjid sultan
and paling teruja nampak kedai malaysia yang PM rasmikan baru2 ni "agro bazar"
so jangan lupa stay tune tuk baca part 3 ok, this time our raya haji kat masjid suktan and the SENTOSA!!!!!

1 comment:

  1. penerangan hang tentang bentuk durian esplanade tu memang kelakar norm. punyelah canggih hang panggey durian haha.
    best jugak eh jalan2. bagus2

    ReplyDelete

sharing ideas