Happy ForeVer

Happy ForeVer

Saturday, November 29, 2014

voila....... Bokitta and NAELOFAR HIJAB @ MODVIER, BANGSAR

jumaat lepas bawak kawan lagi ke modvier, bangsar tu
dah jadi tempat lepak pulak waktu lunch time hari jumaat
ha ha, asalnye nak tunjuk kat kawan jer
tapi last2 tersambar juga satu dua
aritu dah terpikat dgn tudung instant neelofar
(setakatni dah ada 4 kaler)
mmg suka sbb pantas dan tak rumit
apa kata kita tgk sikit camne.....

ni dia NAELOFAR instant, merah bata
dgn inner aku sendiri!


neelofar without inner
kalini terjumpa lagi tudung yg pantas dan tak rumit
sebelah rak tudung neelofar jer iaitu BOKITTA
masa jalan2 kat the curve aritu dah ternampak kiosk dia 
bila tgk pelbagai corak dan warna, dalm hati kata "boleh tahan jugak"
harga pun "boleh tahan"
tapi masa cuba mcm kelakar la pulak
so x berapa layan la masa tu
tapi entah macamana bila pergi modvier ni rasa nak layan pulak sekali lagi
kebetulan pakai jubah hitam so apa lagi try and error test and error
dari pakai inner dia hingga pakai inner aku
last2 berkenan pulak, tanya member dia pun approve terus la aku sambar BOKITTA VOILA MAXI
BOKITTA ni ada jenis2 dia kalau VOILA maxi dia labuh sikit tutup dada
aku kena la ambik yg labuh sebab kan nak bawak gi opis yg mmg syariah compliance
BOKITTA CHIC maybe dia pendek sikit atas dada, comey tapi mcm x berapa proper la pulak terdedah dada!
harga dalam RM100++ ( boleh tahan mahal)
maybe sebab BOKITTA ni tudung didatangkan khas dari LEBANON

biasa ar aku bila dah beli terus pakai
so jadi sesumpah la aku, pagi tudung lain petang tudung lain,
ada aku kisah, mmg dah biasa macam tu, ha ha ha


BOKITTA VOILA maxi, gaya di opis
dgn inner neck aku sendiri,

BOKITTA voila maxi, dgn matching inner
(nampak muka aku slim tak?) ha ha

so sesapa yg nak berkenalan dgn BOKITTA boleh la datang ker MODVIER, bangsar atau pun dkt KIOSK, BOKITTA dkt link bridge IPC dgn the CURVE
Enjoy semua!



oopss arini terjumpa kiosk bokitta dekat IOI MALL city, 



kecik jer kiosk dia tapi ok lah ada jual neelofar jugak
ada promo kat kiosk ni sempena opening
utk warga kelate, boleh cari wakil BOKITTA kat the dinda boutique
dan yg dekat dgn mines boleh berku jung kat level 3, mines shopping fair ye

aku cuba carik bokitta plain tapi dia kata lama dah x sampai stock 
bokitta plain price minima dalam RM79
yg ada printed pun x banyak sbb HQ still tunggu stok baru dari LEBANON
so peminat2 BOKITTA harap bersabar la menanti ye
ari ni saya tak beli BOKITTA but beli neelofar black
lama mencari mujur kiosk kat sini ada stock
marilah melaram lagi moga kita semua dapat jadi cantik macam NEELOFA
tapi cantik yang dalam keredhaan allah ye!
meaning sama2 la menutup aurat mengikut syariat
amin!


1 comment:

  1. Assalam sis..ada x nk letgo bokitta printed. Harga mampu milik kalau kenan InshaaAllah fast payment. Msg akk ye 0192100211. Maceh..

    ReplyDelete

sharing ideas