Happy ForeVer

Happy ForeVer

Wednesday, October 30, 2013

My delivery story......

THE DELIVERY STORY.....
Masa aku tersadai kat airport KB aritu
sambil aku mengamuk2 sbb WIFI slow
aku terjumpa note pasal kisah bersalin aku
so oleh sebab dah terlampau boring and bosan yang teramat kat airport tu
aku plan nak upload kat blog the story
bayangkan aku sampai airport pkl 2 ptg, flight pkl 7.50 pm
plan asal nak tukar tiket ealier
but too bad semua full house!
suddenly berpusu2 orang shopping kat kelantan aritu
nak dijadikan cerita
 4 kali aku melantak semata2 nak dapatkan seat
bermula dari KFC then Deli Cafe, then Hot & Roll last sekali O'briens Choclate
perut rasa cam dah penuh giler
mata dah rasa mengantuk
muka dah stress sbb WIFI slow nak mati
so alang2 dah jupa note pasal delivery ni
aku pun edit tuk nak upload kat blog
so below is the story about my delivery...
moments before NIYAZ REZA was born....
(selepas proses editing selama 3 hari)

THE BEGINNING.....
EDD aku 26th july 2013 exactly on the nuzul qur'an.harap2nye hari yang baik tuhan permudahkanlah proses delivery akuni.
tempat bersalin kali ni aku pilih Pusat Pakar UKM
ni lepas being recommended oleh ex boss aku
so siap dengan doktor pakar pun dia rekomen
en hubby pun agree jer lah sbb aku yg nak bersalin
aku chose to be specially attended by Prof XXXXXX. 
Bila namanye Prof, xde lah muda kan
so around late 40s jugak la
Masa mula2 pregnant rasa excited pun ada cos almaklum dah almost 7 years takde baby
so perasaan teruja tu sure ada
cuma risau body aku x fit macam dulu
almaklum awal2 pregnant berat dah 55 kg compared ngn pregnantkan Inas dulu
berat dalam 45 kg jer.
Spt dijangka i gain my weight to 68 kilos at my 35th weeks.
that's a WOW increase. no wonder inas keep on mentioning to bring me to London Weight Management to make me kurus. not forgetting to a cuci muka place to cleanse up my not so clean face.
 all influenced by the tv ads.
aku x marah dia but mengaku jer la yg physicaly and facefully mmg aku dah OUT OF SHAPE
preggy this time mmg berbeza dgn time inas dulu. rasa mmg cepat letih, kaki bengkak, pinggang suma sakit. yg worst, gemuk and bum bum melebau at early stage lagi. haish!

THE WISHES...
 few days early ramadhan aku dah rasa cam angin senggugut jer kat bhgn bawah. 
kaki pun dah mula bengkak besar mcm hampir nak sama dgn kaki gajah.
 tenaga pun makin lama makin kurang. nak berjalan pun dah x berapa larat, kena jalan sikit2 and slow giler. cos rasa sakit. nak semayang pun dah x larat semayang cam biasa, so kena la duduk atas kerusi.
so aku target mmg by next week sure aku dah deliver. if nak tunggu EDD tu mmg confirm tak sempat
so wishes for the weekend adalah:
1. ambik perencah mee bandung muar dari sue brand ADAMIE - done
2. masak mee bandung guna perencah tu on sunday - done wp  x berapa sedap!
3. makan buffet ramadhan dgn hubby and inas - done, makan @ ruz aladdin.
4. shopping barang2 tuk berpantang and restock brg dapur - done @ tesco except brg basah.
5 beli thermal pot tuk mudahkan ambik air suam ngn air panas - done @ tesco
6 proper hand over tuk office work. plan g opis on sunday - x done. ha ha
7 final packing tuk beg hospital baby and aku - done
8 browsing resipi lauk berpantang tuk kegunaan hubby nnt - done

a day before ... lepaskan kempunan buffet ramadhan @ Ruz Aladdin, Jalan Ampang

weeks befor lepaskan kempunan lagi @ my fav Teppanyaki PAVILLION

as plan, aku and hubby gi tesco pagi2 tuk shopping barang2 berpantang antaranya daun pegaga, biskut kering jacobs, milo, thermal pot, energy bar, cereal etc etc. sume end up shopping expenses almost RM300 that morning.

then mmg plan nak msk mee bandung for berbuka. wp hubby mintak buat monday cos i balik awal due to my app ngn Prof. it might be our last check up. tp aku insist jugak sbb takut monday aku dah deliver. so lepas balik tesco, contact sue and collect perencah mee bandung brand ADAMIE.

balik umah terus restock barang and repack balik beg baju hospital aku ngn baby. pastu buat mee bandung. all done and set. wp mee bandung x sama rasa ngn mee bandung dulu time sekolah kat muar. tapi x pelah.
malam just lepak2 tgk tv dgn hubby. dlm pukul 10 lbh, inas ajak teman tido kat bilik so aku pun follow lagipun dah mengantuk.


THE WHITE STAIN.......
siangnya aku dah melantak mee bandung. so malam, masa tgh lie down kat katil, tetiba rasa cam ada cecair keluar dari tut tut. so aku rasa cam masa dah sampai, either blood stain or air ketuban lah so panggil hubby tuk cuakkan dia. ha ha....aku dapat rasa air keluar, laju but not air kencing. so aku try wipe tgk tgk white kaler. then gi toilet tuk double check, this time, air makin kuar bnyk. bila wipe dgn tisu, jd cam kaler pink.

dalam kepala masatu teringat kat kakak  (the doctor in the family) or Prof. (the actual doctor)
Tangan cepat2 dail no kakak but  nasib malang all 3 devices of her family' phone masuk voicemail. 
ini mmg amalan standard kakak and the family.  last choice, sms Prof. so Prof text balik berbunyi:
"boleh gi hukm emergency, akan ada doctor to attend. maybe bukan air ketuban but discharge."
apa pun mr hubby kata, beranak or tidak, gi hospital 1st. then hubby pun dah kelibut, so dia angkut suma beg hospital plus dukung inas. while i bersiap2. mr hubby kejut inas and cakap
"Inas,  ibu nak deliver babyni, jom kita gi hospital"
inas dlm mamai2 sbb baru tidur terus follow ngn blurnya. while driving, i sempat mintak maaf dgn hubby for anything and everything. i know the time is coming.......

last shot b4 delivery
UKMSC on delivery eve

we reach hospital and straight away gi emergency. mula2 salah kaunter, that kaunter was for normal emergency case. so dia org suruh aku pergi emergency for O&G patient.sampai situ, terus the attended staff cek dgn CTG suma to cek for the contraction and tahap denyutan jantung baby for  20 minutes. so aku pun lie down atas katil dgn pakai macam tummy belt.
for 20 minutes buat CTG tu, ada 3 kali contraction but x berapa kuat.
En hubby and inas tunggu kat luar, x boleh masuk.
then bila dah done CTG, we all tunggu for the doctor. bila doctor dtg, dia interview ngn macam2 soalan macamni:

doc : dari rekod xde cek darah, minum gula etc etc
aku : memang xde buat suma tu 
doc : anak ke berapa? 
aku : anak ke-2
doc : yg 1st berapa tahun?
aku: 7 tahun
doc: oh, lamanya gap, kenapa? ada pakai family planning apa2, pap smear la etc etc ()£&76):@@
aku : erm, saje plan lambat ( dalam hati, org dah sakit macam2 lak dia interview), xde sendiri2, pap smear xde buat

abis interview yg -/:;()££&@@  then doktor nak cek bukaan . so aku pun kangkanglah lah kaki dengan luasnya. then doktor mention mmg air ketuban yg kuar.bukaan adalah 2 cm.time ni rasa malu xde dah. lantaklah presentation tut tut masatu camne.

doctor pun bagi syarahan on what patient should do and decide next. dia inform beberapa option, which aku pun x berapa ingat la. but what aku decide is, i wanna go for normal/spontaneous  contraction for the night. then early morning boleh choose either induce or bubuh ubat lalu tut tut to push for delivery. aku kata epidural boleh hold as if can aku nak elak. ceh cheh konon kuat sgt la. aku ingat boleh la balik umah and then pagi2 esok lepas subuh leh dtg balik. but doktor inform if air ketuban dah kuar mmg kena warded. 
so terpaksa la aku stay kat spital.

THE WARD....
Monday 15th July 2013 @ 12 am
waiting tuk warded punye proses. bila dah siap, we all terus masuk ward. 
aku pilih single room senang mr asben and inas berkampung. so malam tu we all berkampung. request for extra bed tapi extra bed dah xde. so mr asben kena la mengalah ngn inas yg tido kat kerusi besau. asben terpaksa la guna kreativiti tuk tido. aku lak masuk immediatley kena change baju uniform and sekali lagi mesin CTG dtg. so time tu mmg dah ada contraction tp still leh tahan lagi. mr asben lak kena balik umah cos esok ada kes bicara etc etc. dlm 4 lbh mr asben balik umah and akan dtg balik dlm 6 plus. maka bertarungla aku  ngn contraction tu sorang2 diri. makin lama makin kerap and dlm pkl 4 lbh tu contraction  makin sakit smpai nak terangkat punggung aku. 

masa ni en asben dh balik umah sbb esok ada kes kat mahkamah. almaklum en asben borong suma matter this week sbb nak clearkan diary next week prior to delivery. tup tup aku deliver terawal. so tinggallah aku ngn inas. inas as usual x sedor apa yg jadi kat ibu dia.
time ni dah xde mini2 contraction lagi. kekerapan dlm 15 minit camtu. peh, aku siap tarik nafas and sampai terangkat punggung lah. dah la share katil ngn inas. harung jer lah. yg aku konpius sepanjang aku masuk ward sampai skrg mmg xde sapa yg nak cek BUKAAN aku tu. asyik2 nurse yg cek mesin CTG. adoi, tgk muka dia pun aku x confident. aku baca lah doa and zikir yg aku dah hafal time pregnant. ye lah, if sakit camni bukaan baru 2-3 cm, mmg aku nak request tuk ceaser sbb if bukaan 2 cm pun dah sakit camni, apatah lagi if 9 cm. x sanggup aku!
bertarung sakit tanpa en asben & dgn nurse ygx  cek bukaan mmg mencabar. 
sampai pukul 6 lbh barula en asben dtg. bila nurse CTG tu dtg, dia boleh lak bagitau kat aku:

nurse : erm, puan kena buat CTG sekali lagi la sbb dia punye print out tu putus2, x nampak sgt.
aku : giler apa, nak buat sekali lagi, aku dah la sakit giler ni, rasa cam nak terkencing sgt (ni dalam hati la)
aku : sy dah tak tahan ni sakit cam nak terkencing sgt.
nurse CTG : erm, mmg contraction puan ni tinggi gak. 

kebetulan time ni, contraction dtg, aku mmg x tahan, siap pegang tgn en asben sampai terangkat punggung. 

nurse : puan, jgn camni, kena tarik nafas kalau tak lagi sakit.
aku : saya mmg dah sakit ni rasa macam nak terberak dah ni
nurse  CTG : £&);:/-@!?,  (muka confuse,)
aku : oit ko faham x apa aku rasa ni, awat muka ko blur sgt ( ni dalam hati la)

then aku x puas hati, lps nurse CTG tu tunjuk muka x confident dia, aku mintak en asben panggil nurse yg lebih berpengalaman, sbb aku mmg x tahan sgt rasa nak terkencing, nak terberak pun ada. 
then nurse CTG tu dtg la ngn nurse beruniform biru (experienced sikit kot) . then aku kena interview camni:

nurse in blue uniform : awk rasa macam ghesa ke?
aku : entah la, tp sy mmg rasa nak terkencing dah ni (in fact aku x paham apa tu ghesa?)
nurse in blue uniform : ok, sy cek bukaan puan
aku : yo lah, patut dari tadi cek dah ( dlm hati)

lepas nurse tu cek bukaan aku, then dia kata camni:

nurse in blue uniform : ok, puan mengiring, kepit kaki, tahan jgn teran
aku : blur, apa yg ko nak buat ni ( dalam hati) 
then baru aku dengar dia kata dah 8 cm nak tolak gi labour room.
aku : hah! bagitau la awal2 napa baru skrg baru nak cek
nasib baik aku mmg berat hati nak bagi en asben pergi court tadi.

THE LABOUR....
so apa tunggu lagi,  en asben yang berbaju black & white ngn 3 org nurse dgn segera tolak katil aku ke labour room mcm masing2 masuk lari 100 meter.
 aku wp depa lari laju giler, aku still rasa slow mcm org lumba jalan kaki. bayangkan aku dah ler kena tahan x boleh teran, sbb takut baby keluar in transit. 
 hello! aku dah x tahan giler ni, korang suruh aku tahan, dah la jauh giler labour room siap naik lif lagi.
tuhan jer yg tau perasaan aku masatu, nak aje aku teran time depa tolak katil aku tu. diaorg suruh aku tarik nafas dalam2. aku pun tarik nafas dalam2 bila rasa cam nak terkeluar baby.
sambil ditolak sempat aku menjerit

"ya allah, nurse tolong saya nurse, cepat sikit nurse saya tak tahan."

selepas lari, naik lif bagai, (giler naik lif lagi, if stuck or full camno?) sampailah aku kat labour room. ingat sah boleh teran, tapi dia suruh aku change katil lak.
wei! korang ingat aku berdaya lagi ker nak change katil sendiri. giler sungguh! depa dah la x tolong angkat aku change katil. diaorg suruh aku change katil, bila dah x sakit.

aku: wei, aku mmg sakit dah, xde istilah "bila dah x sakit"

tapi, aku manage to change katil myself sbb dah x daya nak tahan diri.

yg paling dramatik, dah la aku sakit2 nak terkeluar baby, Prof pulak x sampai2 lagi, diaorg kata tunggu Prof. Prof stuck in the jam!. giler apa nak tunggu Profr, aku rasa cam nak pengsan dahni, rasa nak terberak, terkencing bagai ni korang suruh aku tahan2. ingat ni kentut ke leh tahan2 nak slow or nak kuat! huh.

last2, dah x sempat tunggu prof, dgn 3 nurse in blue uniform, aku pun disuruh kangkang kaki lagi, buka luas,tgn pegang lutut (ingat aku slim ker leh pegang lutut aku sendiri). lantak la, yg penting aku nak teran dah, x tahan giler nak terberak. selepas berhempas pulas meneran bagai, bila depa kata teran cam nak berak tu, aku imagine mmg nak berak, then sekuat tenaga, teran cam gaya nak berak, terus DUSHHHH, rasa cam something menggelunsur keluar. 

Tepat 7.41 am, alhamdulillah dalam kehadiran mr hubby, aku selamat melahirkan NIYAZ
 rasa lega yang teramat2, hilang suma rasa sakit
Sangat bersyukur sbb en hubby ada, bayangkan if dia nak ke court dulu
sure dia x sempat nak menyaksikan saat aku bertarung nyawa
 Yang paling dramatik, aku bersalin dgn suma 3 orang staff nurse.
Prof sambut aku di alam traffic. ha ha
Sampai proses keluarkan uri pun staf nurse yang buat
 Bila Prof sampai, dia just jahit jer. dgn muka yg cam GUILTY cakap ngn aku. 

"Erm, ingat sempat catch up bila dah balik oversea ni, rupanye x sempat jugak"

aku : memang logik la prof  ko nak rasa guilty, dah la aku request tuk speciallist, last2 bersalin dgn nurse in blue uniform + en asben lak jadi part of the staff tolak katil. hu hu.
so my speciallist just jahit je kat aku as finishing. erm, ...... the caj for him is RM500 ye.
lepas depa dah cuci baby, 1st thing aku tanye was:

"berapa berat?" ( cos aku rasa aku dah besau giler time pregnant)
nurse : 2.64 kg

aku: aik, lagi kecik dari inas, inas was 2.65 masa deliver
erm, maknanye memamg aku ler yg besau bukan baby. sabar je lah!
so then bermula lah tugas aku tuk menjaga baby slps hampir 7 tahun. 
time pantang mmg dugaan sangat besar 
namun org kata semuanye kena sabar
if tak kuat semangat masatu memang boleh meroyan
wp plan asal aku nak berpantang di KL sepenuhnya
tapi oleh sbb stress aku pun impromptu tempah tiket flight and terus flew balik kampung
alhamdulillah... 
skrg ni niyaz dah banyak baik berbanding waktu pantang aritu
apa pun wp dia still underweight tp aku tetap bersyukur
so long.... everyday he still smile at me
3 months
heading to klinik utk cucuk
timbang & ukur panjang session @ klinik ibu dan anak kg pandan
the sexy boy
at his 3 months old

- THE END -



2 comments:

  1. beb, semorg ader citer bersalin huhu.. ngeri tp bahagia khenn... hehe.. bagus nunez ggud boy

    ReplyDelete
  2. zila kira anak kita lahr hari sama..time pun lbh kurang gak la ye....

    ReplyDelete

sharing ideas